Friday, March 9, 2007

MESYUARAT KHAS BERSAMA PENGERUSI IKIM

Tahniah buat Pengerusi IKIM iaitu Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Saya mendoakan semoga Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) ke-3 nanti lebih gempak lagi.. HIDUP NASYID!!!!!!
Seronok pula dapat jumpa kawan-kawan group nasyid yang lain. Dalam majlis pertemuan bersama Pengerusi IKIM Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid untuk perbincangan ACNI '07 akan datang...

Tarikh-tarikh show kami:

16 Mac - Kepala Batas, Pulau Pinang
21 Mac - Dataran Kg Melayu Majidi Johor
22 Mac - Tampoi, Johor
23 Mac - Seksyen 7, Shah Alam
24 Mac - SMK Selisik, Kuala Kubu Baru
25 Mac - Kelas Perkusi bersama kami musim ke-2 telah bermula di Muzium Kesenian Islam Malaysia.... jom join!

LAWATAN MANGSA BANJIR KOTATINGGI

Menziarahi mangsa banjir di Kota Tinggi... masa banjir hari tu tak sempat.... maaflah ye.. kami bagilah sikit-sikit yang termampu.. moga mereka semua tabah meneruskan kehidupan...
Majlis Walimatul Urus anak kepada Kak Aliyah Sijari(Galeri Ilmu) memang meriah. Kami dijemput buat Berzanji, Marhaban, Cukur Jambul dan Persembahan Nasyid sebanyak 6 lagu. Kumpulan FarEast juga mendendangkan beberapa buah lagu...

MY MOTHER

Bersama ibu tersayang... Doa dan restu darinya amat penting buat kita semua... betul tak? Dia berjaya membesarkan kami seramai 13 orang adik beradik.. saya yang ke 7...


dapatkan album ini di pasaran, InsyaAllah boleh buat panduan sikit utk baca YASIN>