Sunday, March 18, 2007

Penutup!kami selawat beramai ramai...syukran TV9 dan syukran yang datang.
sempat lagi jual minyak tu! he,he! gurau je.bukan senang dapat peluang camni.....
Selain Hijjaz,jay jay pun ada.pengacara kak ogy,pak cik maidin dan pakcik peie..
bersama rakan artis yang turut di undang mengadakan persembahan,mirwana,brothers dan akbar.
majlis perasmian perkampungan hadahari di dalam dewan mellinium.kami selawat...
16mac,rakaman MALAM PENGHAYATAN sempena PERKAMPUNGAN HADAHARI anjuran TV9 di kepala batas.....

Friday, March 16, 2007

CERITA MENARIK!depan saya tu org ALGERIA,dia ambik kusrsus tahfiz disitu 1 tahun.saya tanye knp ambik tahfiz di m'sia.katanye!tahfiz di sini sungguh sungguh,setiap waktu di hafal,subuh,zohor,ptg dan malam.di negara dia, sehari sekali je.Tahniah MALAYSIA!
Majlis di tutup dgn solat sunat dhuha berjemaah,kemudiannye sarapan nasi lemak dalam dulang. teringat zaman sekolah dulu......
Alhamdulillah! boleh la sikit sikit ceramah, utk budak budak je....masih belajar lagi.
16mac,dijemput kuliah penutup program PENGHAYATAN ALQURAN DAN DEKATI SOLAT, anjuran institut tahfiz al quran taman bunga raya seberang perai..
Salam! saya Hamdi Rabbani, datang jugak ke kem tu, tapi main air,lari sana sini, kejar ikan, main kejar kejar,seronok betullah...dah besar nanti saya mesti ikut kem hafazan tu.
Semuga yang di hafal terus menjadi ingatan,juga selalu di baca.Tahniah kepada ibubapa yang menghantar anak keprogram seperti ini dalam cuti sekolah...

Upacara penyampaian hadiah dan sijil......
paling seronok dapat bersembang juga dengar ceramah motivasi dari Dato'Dr Fadhilah Kamsah masa majlis penutup Kem tersebut....

saya pun ambik kesempatan berendam berendam bersama dgn anak anak....sejukkkk,
s acara senam sebelum berendam ke kolam renam.
z Ngantok ke adik adik! jom kita nasyid lagu INTIFADA.....

15mac,dijemput buat kuliah subuh sempena KEM HAFAZAN anjuran MAJALAH ASUH.

Tuesday, March 13, 2007

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1428H PERINGKAT KEBANGSAAN


Meeting
persembahan untuk Sambutan MAULIDURRASUL Peringkat Kebangsaan.. artis yang terlibat Rabbani, Nazrie Johani, Inteam, Far East dan Husna. Pengarah Persembahan iaitu En Zali Kamari dan Pengarah Muzik Bro Azmie Abd Manap. Saksikan pada 31 Mac jam 8.30 pagi di Stadium Putra Bukit Jalil.... Doakan show kami succses...

Bersama membantu..... sapa berminat boleh call.. 019-6683701 (Kak Nor)
SOFIYYAH MUNAWWARAH @ SYAMIM, yang paling manja dengan ayahnye.. selalu call ayahnya bila ayahnya balik lambat......
MOHMAD ILHAM FIKRI BIN MOHAMAD ASRI...masuk kelas gitar juga kelas gambus selepasnye....

HAMDI RABBANI BIN ASRI RABBANI..Anak yang ke 6...

Friday, March 9, 2007

MESYUARAT KHAS BERSAMA PENGERUSI IKIM

Tahniah buat Pengerusi IKIM iaitu Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Saya mendoakan semoga Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) ke-3 nanti lebih gempak lagi.. HIDUP NASYID!!!!!!
Seronok pula dapat jumpa kawan-kawan group nasyid yang lain. Dalam majlis pertemuan bersama Pengerusi IKIM Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid untuk perbincangan ACNI '07 akan datang...

Tarikh-tarikh show kami:

16 Mac - Kepala Batas, Pulau Pinang
21 Mac - Dataran Kg Melayu Majidi Johor
22 Mac - Tampoi, Johor
23 Mac - Seksyen 7, Shah Alam
24 Mac - SMK Selisik, Kuala Kubu Baru
25 Mac - Kelas Perkusi bersama kami musim ke-2 telah bermula di Muzium Kesenian Islam Malaysia.... jom join!

LAWATAN MANGSA BANJIR KOTATINGGI

Menziarahi mangsa banjir di Kota Tinggi... masa banjir hari tu tak sempat.... maaflah ye.. kami bagilah sikit-sikit yang termampu.. moga mereka semua tabah meneruskan kehidupan...
Majlis Walimatul Urus anak kepada Kak Aliyah Sijari(Galeri Ilmu) memang meriah. Kami dijemput buat Berzanji, Marhaban, Cukur Jambul dan Persembahan Nasyid sebanyak 6 lagu. Kumpulan FarEast juga mendendangkan beberapa buah lagu...

MY MOTHER

Bersama ibu tersayang... Doa dan restu darinya amat penting buat kita semua... betul tak? Dia berjaya membesarkan kami seramai 13 orang adik beradik.. saya yang ke 7...


dapatkan album ini di pasaran, InsyaAllah boleh buat panduan sikit utk baca YASIN>

Sunday, March 4, 2007


Ambik kesempatan bergambar dgn sifu (M. Nasir), katanye tgh sibuk buat persiapan filem Aduh Saleha. masih tercari cari heroinnye, kerana mesti pandai mengaji juga berzanji.. dia ckp kat Hattan, dia nak ajak saya berlakon dalam filem tu nanti sebagai tok kadi... ok je, saye cuba.. show sifu masa mlm tu mmg power. Dia boleh nyanyi di tgh2 penonton dan jauh dgn speaker... terorrrrr!

Pada malam dinner tu, kami dapat 2 anugerah iaitu Artis Paling Sporting dan Persembahan Terbaik . Terima kasih Azwan Ali dan hakim yang memilih kami.........


Acara sukaneka semasa di Mesra Sokma Terengganu saya dipilih utk acara Nescafe Tarik. Turut bertanding dgn saya ialah Pak Aziz Satar, Bob AF2 dan Faizal AF4. Saya dapat no 2, tapi itu semua no problem, yg penting dpt bersuai kenal lebih rapat dengan rakan-rakan artis dan juga mengeratkan silaurrahim sesama mereka.....