Monday, February 5, 2007

SERIBU PENGHARGAAN....

Dengan penuh rasa rendah hati saya ucapkan ribuan terima kasih kepada setiap peribadi yang terus 'vote' RABBANI dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 semalam. Apa yang diraih semalam bagaikan menyuntik nafas semangat kesinambungan perjuangan seni kami yang tidak pernah mati dan kini kami mengerti dalam setiap langkah yang diatur ada kalian di belakang kami. Terima kasih segalanya....

Sebenarnya, secara peribadi saya terharu meskipun RABBANI tanpa album studio baru tapi tetap jua diizinkan ALLAH untuk bertapak di hati para peminat seni hiburan umumnya. Alhamdulillah... inilah kurniaan yang hakikatnya lebih bererti dari segala bentuk material. "Wahai Tuhan... kasihanilah hamba dan kasihanilah mereka yang mengasihani hambamu ini..."

Insya'ALLAH! malam ni saya akan masuk studio kembali untuk menyambung rakaman album baru: 'NABI PUN TERPESONA...' (title sementara). Album ini merupakan lanjutan dari kejayaan album-album solo saya terdahulu seperti Gemersik Munajat, Roh Munajat, Amalan Kekasih Allah & Ayat-Ayat Cinta yang diterbitkan oleh Abban Cipta Entertainment Production. Sekali lagi diucapkan terima kasih teramat sangat kerana terus support setiap kelahiran album saya.

Rasanya, memadailah sekadar ini dahulu. Kita bertemu lagi....

No comments: