Wednesday, February 7, 2007

PENGHARGAAN BERTERUSAN


Syukur.....

Alhamdulillah....

Untuk kesekian kalinya anugerah ABPBH 2006 menjadi milik RABBANI bagi kategori Artis Nasyid Popular.


Hakikat, pihak kami hadir ke majlis tersebut lebih bersifat luahan rasa terima kasih yang tak terhingga kerana Berita Harian yang mengiktiraf dan memberi sokongan kepada genre muzik seperti kami ini untuk setara dengan muzik arus perdana yang sedia ada.


Sesungguhnya kehadiran kami secara langsung merupakan kaedah Lisanul Hal di majlis tersebut demi membuktikan bahawa Islam menyediakan jaluran yang bersesuai dari sudut pakaian dan akhlak untuk hadir ke sini.


Malah secara peribadi, saat di atas pentas saya menggunakan peluang itu sebagaimana pesan NABI:

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat".

Inilah manhaj saya selama ini. Langsung tidak terniat untuk mengkritik atau menyentuh mana-mana pihak. Semuanya hadir tulus daripada saya sebagai tanda kasih cinta sesama manusia. Apa yang lebih penting, kata-kata saya persis sebuah bola yang dilontarkan ke dinding yang kemudiannya melantun semula kepada saya.


Mudah-mudahan anugerah ini menjadi ikatan yang erat demi bersatu-padunya kumpulan kami dan seterusnya memberi semangat kepada kami untuk terus tegar dalam genre muzik yang kami perjuangkan. Inilah! Intifada kami.


Akhirnya, terima kasih (8 juta kali) kepada semua yang terus menobatkan kami dalam setiap majlis keraian sebegini. Semoga rahmat dan redha ILLAHI memayungi kita semua. Amin Ya ALLAH!



1 comment:

t.j said...

Salam ust...tahniah buat kejayaan di ABPBH2006.